JPJ Akan Ketuai Sistem Bersepadu Penyelarasan Saman

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengetuai sistem bersepadu penyelarasan penguatkuasaan saman bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam tempoh terdekat, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata bagi tujuan itu, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron supaya segera mengadakan perjumpaan dengan PDRM dan SPAD bagi membincangkan soal penyelarasan sistem saman ketiga-tiga agensi itu.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan penguatkuasaan jalan raya menjadi lebih berkesan tanpa berlaku sebarang pertikaian mengenai pertindihan penguatkuasaan daripada ketiga-tiga agensi berkenaan.

"Sistem yang ada sekarang sama ada pihak polis, JPJ dan SPAD tidak diselaraskan kerana berasingan. Oleh itu, apabila ada tunggakan saman di pihak polis, JPJ tidak tahu, bila JPJ tidak ada maklumat ini, maka kita tidak dapat membantu polis menyenaraihitamkan lesen pemandu.

"Kalau pihak polis saman sekali pun, kena hantar ke JPJ juga untuk kita buat senarai hitam lesen pemandu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bentongtuition.com di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Liow berkata pada masa ini tiada keperluan untuk menambah kadar pemeriksaan berkala mandatori terhadap pengangkutan awam oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Beliau berkata ini kerana pemeriksaan berkala itu yang diadakan dua kali setahun sekarang sudah dianggap mencukupi bagi memastikan aspek keselamatan dan kualiti perkhidmatan berkenaan terjamin.

"Ada juga rayuan untuk kita kurangkan kadar pemeriksaan ini. Buat masa ini, kita tidak ada keputusan menambah...dua kali setahun sudah memadai," katanya.

Tags / Kata Kunci: JPJ , PDRM , SPAD

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan