Sedekad Pemergian Ibu, Faiz Dickie Kongsi Kisah 'Cik Renah'

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

DI sebalik personaliti ceria Faiz Dickie dan karya humornya yang melucukan pengikut di media sosial, pemilik nama sebenar Mohd Nasrul Faiz Abu Azal ini juga seperti insan lain mempunyai hati dan perasaan.

Salah satu watak 'komik sengal' Faiz Dickie yang paling popular iaitu Kak Leha Bunting sebenarnya diinspirasikan daripada arwah ibunya yang lebih dikenali sebagai 'Cik Renah' di Instagram.

Baju merah putih bermotifkan flora yang sering dipakai Kak Leha Bunting dalam setiap aksi dan keletahnya juga milik arwah ibu Faiz Dickie sendiri.

Sedekad pemergian arwah ibu, personaliti media sosial ini berkongsi rasa suka dua mengenai insan tersayang, yang sekian lama terbuku di sanubari.

Tags / Kata Kunci: Faiz Dickie

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan