Dua Murid SJKT Hasilkan Ubat Nyamuk Berasaskan Herba

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 2:52 PM

Guru SJKT Jalan Yahya Awal, M. Logeswari (kiri) dan S. Abirrami menunjukkan fabrik nano yang diisi ubat nyamuk berasaskan herba. - foto ZAZALI MUSA/The Star

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal, di sini, akan mempertaruhkan ubat nyamuk berasaskan herba dalam satu pertandingan inovasi di Harbin, China mulai Jumaat ini.

Ubat nyamuk berasaskan enam herba 'Nano Mosquito Repellent Pouch' hasil ciptaan J.Kaviraj dan S.Abirrami, kedua-duanya murid tahun lima, akan bersaing dalam pertandingan produk inovasi Pameran Antarabangsa Bagi Pencipta Muda  (IEYI) 2016 yang bermula 15 hingga 20 Julai ini.

Kedua-dua pelajar itu menghasilkan ubat nyamuk daripada lavender, serai, rosemary, bee balm, selasih Thai dan bunga marigold, yang diproses dalam bentuk serbuk dan kemudian dimasukkan ke dalam fabrik nano.

Serbuk herba dalam fabrik nano terbabit kemudian dipakai di pergelangan tangan seperti jam tangan dan ia akan mengeluarkan aroma yang mampu menghindarkan nyamuk untuk tempoh tiga jam.

Selepas tiga jam, serbuk dalam fabrik nano itu perlu digosok semula bagi menghasilkan semula aromanya.

Bagi meringankan beban kos perbelanjaan kedua-dua murid dan guru pengiring mereka ke China, MIC Johor menerusi pengerusinya, Datuk M.Asojan hari ini menyampaikan sumbangan RM6,000, di sekolah berkenaan.

Asojan berkata Kaviraj dan Abirrami akan berlepas ke Harbin pada Jumaat ini dengan diiringi guru sains dan matematik sekolah itu, M.Logeswari serta M.Sevagamy dan pihaknya berharap mereka akan beroleh kejayaan di IEYI 2016.

"Dua murid dan dua guru pengiring itu memerlukan perbelanjaan sebanyak RM12,000 termasuk kos penginapan, makanan dan tiket penerbangan.

"Sehubungan itu, MIC Johor berbesar hati menyumbangkan RM6,000 hari ini (Rabu) bagi membantu meringankan kos berkenaan manakala bakinya ditampung sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru," katanya.

Hadir sama, Anggota Dewan Undangan Negeri Tenggaroh, K.Raven Kumar dan Guru Besar SJKT Jalan Yahya Awal, M.Nadarason.

Asojan berkata penyelidikan dan pembangunan (R and D) projek inovasi itu mengambil masa lapan bulan sejak tahun lepas dengan membabitkan kos sebanyak RM20,000 termasuk penanaman tumbuhan herba terbabit di kawasan sekolah itu.

Menurut Asojan, SJKT Jalan Yahya Awal merupakan antara enam pasukan yang layak mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut yang keseluruhannya disertai 300 pasukan dari 15 negara. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ubat nyamuk , herba , SJKT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan