Tindakan Pemuda Umno Demi Pertahan Maruah Melayu, Islam - Ismail Sabri

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 10:36 PM

Ismail Sabri.

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan ratusan Pemuda Umno berarak dan berhimpun di ibu pejabat DAP pada Selasa, bagi mendesak Nga Kor Ming memohon maaf bukanlah satu kesalahan, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, tindakan itu lebih didorong rasa tanggungjawab dalam mempertahan maruah orang Melayu dan Islam yang berasa terhina dengan kenyataan dibuat Anggota Parlimen Taiping itu di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

"Tindakan itu satu contoh reaksi atas rasa tidak puas hati terhadap kenyataan dibuat Nga dan dalam hal ini tidak boleh salahkan Pemuda Umno sebab tugas mereka mempertahankan integriti dan maruah orang Melayu yang rasa terhina.

"Saya pun rasa terhina kalau kata anak kita makan dedak. Dedak itu makanan itik dan ayam...jadi dah samakan anak-anak yang terima duit raya sama dengan itik dan ayam...itu yang kita marah," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pemuda Umno yang berhimpun dan mendesak Nga, yang juga Pengerusi DAP Perak, meminta maaf secara terbuka berikutan kebiadabannya memuat naik gambar serta karikatur menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ismail Sabri berkata, Nga selaku pemimpin seharusnya lebih sensitif dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelak kemarahan orang ramai, khasnya dalam hal pemberian duit raya yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata bagi orang Islam, pemberian duit raya lebih kepada sedekah, sama konsepnya dengan pemberian 'ang pau' oleh kaum Cina atau pemberian duit oleh kaum-kaum lain di Malaysia semasa menyambut perayaan masing-masing.

"Dalam hal ini, saya minta semua pihak jangan mainkan isu yang boleh mencetuskan masalah perkauman...saya setuju dengan permohonan maaf dibuat Nga, namun polis tetap perlu menjalankan siasatan berhubung kenyataannya itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, melihat andaian bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan sebuah parti baharu sebagai bukan ancaman kepada kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang mempraktikkan amalan demokrasi, Dr Mahathir bebas menubuhkan parti sendiri sebagaimana yang pernah dilakukan beberapa pemimpin Umno sebelum ini, seperti penubuhan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun ia tidak mampu menggugat Umno. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan