Pemimpin DAP Perlu Lebih Bijaksana Dalam Politik

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 2:46 PM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP perlu lebih bijaksana dalam politik dan bukannya terjerumus dengan politik buruk lama parti itu yang penuh dengan provokasi dan kebencian, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman berkata beliau sedih melihat generasi muda pemimpin DAP tunduk kepada taktik itu dalam usaha mendapatkan pujian dalam politik.

"Daripada video satira yang hodoh sehingga kepada ucapan raya menjengkelkan, pemimpin baru DAP tidak boleh mimisahkan dirinya dengan cara LKS (Lim Kit Siang)," katanya menerusi laman twitternya pada Rabu.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata walaupun perbuatan 'menyiku' dalam politik adalah normal, ia tidak harus dilakukan dengan menggorbankan keharmonian kaum dan agama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming memuatnaik gambar karikatur di Facebook peribadinya yang menyamakan pemberian duit raya sebagai rasuah.

Pada 5 Julai lalu, ucapan selamat hari raya oleh Ahli Parlimen DAP itu di laman rasmi Facebook miliknya tertera ayat In God We Trust dan Lord Guide Our Nation Back To You sambil menyertakan gambar rumah api yang dianggap sebagai simbol Kristian dengan berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat serta imej ta­ngan berdoa.

"Tidak bolehkah pemimpin DAP menyatakan pendangan, tidak kisah betapa kuatnya, tanpa menganggu-gugat? Sudah tentu boleh. Soalannya, mengapa mereka tidak lakukannya?

"DNA politik DAP sentiasa berbentuk konfrontasi. Tembak dahulu tanya kemudian. Tidak pernah kisah akibatnya. Pergi j***** dengan kesannya," katanya.

Beliau berkata sudah tiba masa rakyat Malaysia mendesak DAP untuk lebih bertanggungjawab dalam kaedah politik mereka.

"Mari kita beritahu DAP bahawa sekarang adalah 2016 bukannya 1966!.

"Pemimpin DAP baharu dan akan datang perlu meletakkan perpaduan di atas politik partisan. Jika tidak setiap perbuatan pasti akan ada balasannya," tegasnya.


Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , DAP

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan