Ribut Petir Akibatkan Banjir, Pokok Tumbang Di KL

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 8:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan ribut petir pada petang Rabu mengakibatkan banjir dan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di Lembah Klang, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar ibu negara.

Kedua-dua Jalan Pudu dan Jalan Raja Chulan dinaiki air pada kira-kira pukul 6 petang, bagaimanapun keadaan kembali reda 50 minit kemudian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur turut melaporkan beberapa insiden pokok tumbang disebabkan hujan lebat.

Kejadian pokok tumbang memusnahkan beberapa kenderaan dilaporkan di kawasan Mid Valley (menghala lebuhraya Cheras), Jalan Klang Lama menghala Lebuhraya Persekutuan, Stesen KTM Bank Negara dan dekat Hotel Midah di Jalan Kampung Attap.

Sementara itu, kawasan perumahan turut terjejas, apabila sebuah rumah di Kampung Seputih mengalami kerosakan akibat pokok tumbang, manakala Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dan Jalan Kolam Air di Taman Melawati turut berlaku kejadian pokok tumbang.

Insiden pokok tumbang turut berlaku berdekatan dengan Bank Negara, Jalan Bunus (menghala ke Jalan Raja Laut). 

Jabatan tersebut juga melaporkan garaj tempat letak kereta di Apartment Sri Bangsar di Jalan Lengguk Abdullah runtuh, merosakkan empat kereta, manakala tiga lagi kereta mengalami kerosakan dalam kejadian yang berlaku di Stesen KTM Bank Negara.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan