Bahayakan Nyawa Demi Dedah Bahaya Tenaga Nuklear

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 10:25 AM

Laluan masuk ke loji Fukushima di kawal ketat polis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: urugambar bebas dari Malaysia, Keow Wee Loong berkata dia menyelinap masuk ke daerah Fukushima, Jepun bulan lalu untuk mendedahkan bahaya mengenai kebergantungan kepada tenaga nuklear.

Pada 11 Mac 2011, gempa bumi magnitud 9.0 melanda wilayah Tohoku yang mencetuskan tsunami besar sekali gus mengakibatkan krisis nuklear di Loji Kuasa Nuklear Fukushima I.

Pembinaan semula sedang dilakukan tetapi zon larangan di Fukushima itu masih ditutup.

Rondaan polis menyekat pelawat daripada memasuki kawasan loji kerana bimbang dengan kesan radiasi manakala kebenaran khas diperlukan untuk memasukinya selama lima jam.

Ruang rumah yang ditinggalkan.

Keow berkata dalam satu wawancara bahawa proses memohon dan mendapatkan kebenaran itu akan mengambil masa hampir sebulan.

Oleh itu, dia menyelinap masuk melalui hutan sekitar bandar Tamioka kira-kira pukul 2 pagi, 4 Jun lalu.

"Semua jalan dikawal ketat polis dan ada rondaan polis di sepanjang jalan masuk, jadi saya terus masuk ke dalam hutan.

"Namun, bandar di kawasan itu sendiri telah ditinggalkan," katanya.

Keow yang kehilangan kad kreditnya dan kebanyakan wang tunai apabila dompetnya tercicir sebelum ini berkata dia tidak mampu mampu membeli pakaian keselamatan.

Barang makanan di dalam sebuah kedai yang ditinggalkan.

Dia terpaksa bergantung kepada topeng gas dan memakai hoodie untuk perlindungan.

Keow yang melancong bersama seorang rakan menjelajah lebih 26 kilometer sekitar Fukushima dengan menghabiskan masa selama 13 jam di zon merah untuk mengurangkan kesan kepada radiasi.

Walaupun gempa bumi dan tsunami menyebabkan kerosakan yang sukar digambarkan, Keow berkata bekalan elektrik dan sambungan selular masih ada.

Oleh itu, dia berkata mereka menggunakan GPS untuk mengemudi ke kawasan loji melalui hutan dan bandar-bandar kecil.

Keow berkongsi gambar yang diambil menerusi laman Facebooknya.

Menjawab kritikan bahawa lawatannya itu hanya untuk meraih publisiti dan tindakannya itu dianggap sebagai menceroboh, Keow berkata dia melakukannya untuk mendedahkan bahaya bergantung kepada tenaga nuklear.

"Saya tidak merampas rumah atau menyakit orang lain. Apa yang saya 'curi' adalah gambar... jadi saya boleh hidup dengan itu," katanya.





Tags / Kata Kunci: jurugambar bebas , Fukushima

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan