Tiada Permit Kebumi, Polis Gali Semula Kubur Bayi - Berita Semasa | mStar

Tiada Permit Kebumi, Polis Gali Semula Kubur Bayi

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 6:10 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis menggali semula kubur seorang bayi yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, semalam berikutan pengebumiannya di sebuah tanah perkuburan Islam di Jerteh, di sini Ahad lepas, tidak mendapat permit.

Difahamkan, jenazah bayi itu dikebumikan abang kepada ibu bayi berkenaan yang telah melahirkannya di rumah keluarganya dekat Jerteh, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ibu bayi ituyang berumur 21 tahun, belum berkahwin dan masih menuntut di sebuah kolej swastadi negeri ini. 

Mohd Zamri berkata polis menggali semula kubur bayi berkenaan selepaskejadian itu disedari seorang doktor yang merawat wanita berkenaan ketika beliau dihantar ke unit kecemasan Hospital Daerah Besut pada kira-kira pukul 11 malam, Ahad lalu.

Katanya, pihak hospital diberitahu wanita berkenaan telah melahirkan bayinya di dalam tandas rumah keluarganya tetapi bayi itu meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

"Susulan kejadian itu wanita berkenaan telah dibawa keluarganya mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut pada malam yang sama," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Mohd Zamri berkata doktor mendapati ada luka yang besar pada alat sulit wanita berkenaan dan pada masa sama mendapati tiada sebarang rekod dibuat mengenai kelahiran bayi tersebut atau dirujukkan kepada hospital sebelum itu.

"Pihak hospital kemudian dengan kebenaran daripada mahkamah dan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu telah mengali kubur bayi itu semalam untuk siasatan lanjut, katanya. 

Beliau berkata buat masa ini tiada tangkapan dilakukan dan wanita berkenaankini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: tiada permit kubur , bayi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan