NGO Kesal Kenyataan Merempat David Teo Terhadap P. Ramlee

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 7:05 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MiG), David Teo yang menyifatkan tempoh-tempoh  akhir kehidupan seniman P.Ramlee sebagai merempat.

Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yusoff Latiff yang juga Presiden Kelab Peminat P.Ramlee berkata kenyataan David itu kurang tepat dan tidak dapat diterima.

Beliau yang juga Presiden Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Pulau Pinang berkata David tidak memahami latar belakang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang tidak berhasrat untuk menjadi seorang hartawan sebaliknya hanya ingin memartabatkan industri perfileman negara.

"Walaupun beliau bukan seorang yang kaya dari segi wang ringgit, tetapi beliau mempunyai hati yang sangat kaya. Kita tidak seharusnya memandang wang ringgit semata-mata," katanya.

Presiden Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat), Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa pula berkata P.Ramlee merupakan seorang karyawan dan bukan peniaga.

"P.Ramlee telah berjaya mengubah paradigma penonton pada zamannya supaya mempunyai jati diri yang seterusnya diwarisi penonton zaman sekarang.

"Bandingkan karya beliau (P.Ramlee) dengan filem yang dihasilkan MiG, adakah ia mampu menandingi hasil karya Allahyarham," katanya.

David dalam satu portal berita pada 7 Julai lalu menasihati artis di bawah syarikatnya supaya tidak menjadi seperti P.Ramlee yang hidup susah dan melarat pada akhir usianya.

Kenyataan itu mendapat kritikan cukup hebat daripada karyawan seni tempatan termasuk kalangan artis muda.

David telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa beliau membuat kenyataan dengan menyebut nama P.Ramlee dan mendakwa media telah tersalah lapor  kenyataannya.

Tags / Kata Kunci: David Teo , P Ramlee

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan