Gadis 11 Tahun Jual Minuman Di Texas Untuk Kebajikan

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Musim panas di luar negara adalah mengenai keseronokan dan aktiviti di bawah sinaran matahari.

Namun bagi kanak-kanak kelahiran Malaysia, Ella Pung, dia memilih untuk duduk sepanjang hari di luar garaj di rumahnya di Austin, Texas bagi mengumpul dana membina semula rumah rakyat Malaysia yang miskin.

Gadis berusia 11 tahun yang telah menetap di Texas selama sembilan tahun itu menghabiskan masa menjual minuman soda untuk mengumpul dana bagi Projek Wumah.

Projek Wumah merupakan sebuah projek kebajikan yang mensasarkan untuk membantu membina kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin di pedalaman.

"Saya bersimpati kepada mereka yang tidak mempunyai makanan yang cukup atau sebuah rumah seperti saya. Saya mahu membantu. Saya sedar menjual minuman merupakan sesuatu yang saya boleh lakukan sendiri," kata Pung dalam temu bual menerusi e-mel.

Kerja kebajikan yang dilakukan Ella didorong oleh bapa saudaranya yang juga personaliti radio dan pelakon, Patrick Teoh dan pengasas Projek Wumah, David Wu yang memulakan perjalanan berbasikal ke China untuk mengumpul dana bagi projek itu.

"Ibu saya menderma minuman soda untuk dijual. Saya menawarkan untuk membayar kembali tetapi beliau enggan menerima kerana mahu turut menyumbang," kata Ella.

Seawal pukul 6.30 pagi, Ella membuka gerainya dengan papan tanda buatan sendiri bagi memberitahu mengenai kerja amalnya itu.

"Pada mulanya, tidak ada orang. Abang saya, Ian bermurah hati memberi lima dolar untuk satu tin soda. Dia merupakan pelanggan pertama saya.

"Jiran-jiran juga membantu. Ada juga seorang pelukis yang hanya bercakap Bahasa Sepanyol, memandu lalu - dia menderma tanpa mengambil minuman. Kami tidak bercakap bahasa yang sama tetapi kami mahu turut menyumbang.

"Selepas itu, saya tidak mempunyai pelanggan sehingga ibu saya meletakkan cerita saya di Facebook. Kemudian barulah rakan, jiran datang menyelamatkan keadaan," katanya.

Ella berjaya mengumpul AS$51 (RM204) daripada hasil jualan soda.

Dia segera mendermakan wang berkenaan kepada Projek Wumah.

Tags / Kata Kunci: Ella Pung , Projek Wumah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan