Cuaca Panas Jejas Pengeluaran Ayam, Bukan Penyakit

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Cuaca panas sejak beberapa bulan lepas menyebabkan tempoh matang ayam lebih lama, sekali gus menjejaskan pengeluaran ayam di seluruh negara.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata tempoh matang bagi seekor ayam seberat 1.8 kilogram (kg) sebelum ini adalah antara 32 dan 34 hari.

Namun disebabkan cuaca panas yang berpanjangan sebelum ini, seekor ayam hanya mampu mencecah berat 1.2kg dalam masa 32 hari dan penternak terpaksa menambah 10 hari lagi bagi mendapatkan berat ayam yang sesuai untuk dipasarkan.

"Pengeluaran ayam melibatkan peladang kita berjalan seperti biasa. Tiada laporan mengenai 'Newcastle Disease' atau wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong.

"Cuma, pengeluaran sedikit terjejas kerana tempoh matang ayam terpaksa dipanjangkan dan kita terpaksa menanggung penambahan kos sebanyak 30 peratus," katanya ketika mengulas sama ada pengeluaran ayam terjejas disebabkan dakwaan penularan wabak IB baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sini, Selasa.

Saipolbahari yang juga Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) berkata penternak di bawah PPNJ, mengeluarkan sebanyak 15,000 ayam sehari manakala di bawah NAFAS pula, sebanyak 35,000 ayam.

Mengulas mengenai penyakit kuku dan mulut pada ternakan, beliau berkata setakat ini tiada ternakan di bawah NAFAS dan PPNJ dikesan dijangkiti penyakit tersebut.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan agar pengusaha ternakan mengetatkan kawalan kesihatan terhadap ternakan mereka termasuk keluar masuk pengunjung bagi memastikan penyakit atau wabak itu tidak menular sekiranya berlaku.

Pada majlis ini, Saipolbahari turut menyampaikan wang zakat sebanyak RM15,000 kepada PPK Benut untuk diagihkan kepada golongan peladang asnaf di kawasan itu.

Tags / Kata Kunci: Nafas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan