AirAsia Nafi Laporan Dwi Penyenaraian, Usaha Sama Di China

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menyatakan dwi penyenaraian bukanlah pilihan untuk dipertimbangkan secara rasmi oleh syarikat penerbangan tambang rendah itu dan ia tidak merancang membentuk sebarang usaha sama di China. 

AirAsia dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa menjelaskan tentanglaporan berita dalam akhbar-akhbar utama bahawa ia menyasarkan dwi penyenaraian di Hong Kong.

"Dalam apa juga keadaan, langkah seperti itu tidak boleh diambil tanpa cadangan dipertimbangkan oleh lembaga atau tanpa menimbangkan terlebih dahulu pelbagai aspek kawal selia dan komersial berhubung perkara tersebut.

"Tidak ada satu pun yang diambil setakat ini," kata syarikat itu.

AirAsia juga menjelaskan tentang berita ia sedang menimbang menubuhkan usaha sama di China.

Ia berkata dari semasa ke semasa, syarikat penerbangan tambang rendah itu menerima cadangan untuk menubuhkan usaha sama penerbangan di pelbagai negara.

Bagaimanapun, ketika ini AirAsia tidak menimbang sebarang cadangan usahasama baharu kerana ia sedang menumpukan usaha untuk melancarkan AirAsia Japan serta memantapkan operasi syarikat penerbangan usaha sama sedia adanya di Aseandan India, kata syarikat tersebut.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Usaha Sama , China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan