Penderma Percaya DAP - Anthony Loke

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya bukan penderma yang akan mempersoalkan status wang derma kepada DAP, kata kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti itu, Anthony Loke.

Beliau berkata penderma mempunyai keyakinan penuh bahawa sumbangan mereka akan digunakan untuk tujuan parti.

"Semua kebimbangan ini tidak dibangkitkan oleh mereka yang menderma. Mereka yang menderma mempunyai keyakinan terhadap DAP.

"Bagi yang telah memberi sumbangan kepada DAP, mereka tahu bahawa DAP akan menggunakannya untuk tujuan politik," kata Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata parti itu telah mengumpul RM1.84 juta pada Jumaat lalu bagi mengumpul dana bagi membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Lim didakwa dengan dua tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di Pinhorn Road.

Selain itu Loke berkata, semua wang yang dikumpul telah diaudit dan akaunnya telah dibentangkan setiap tahun di persidangan kebangsaan parti.

"Malah media boleh mendapatkan salinannya.

"Saya tidak fikir mana-mana parti politik yang lain akan membentangkan penyata akaun mereka kepada ahli-ahli semasa kongres kebangsaan," katanya sambil menambah bahawa pengumuman mengenai penggunaan wang itu akan dibuat dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Tags / Kata Kunci: DAP , Anthony Loke

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan