Padah Sisa Elektronik Termasuk Buangan Telefon Bimbit

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 7:37 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Terdapat lebih daripada 66 juta telefon bimbit di Malaysia iaitu kira-kira dua kali ganda jumlah penduduk, termasuk golongan pendatang.

Ini bermakna rakyat Malaysia hidup bersama berjuta-juta telefon rosak atau yang sudah tidak digunakan.

Ia termasuk pelbagai jenis gajet lain seperti tablet, komputer riba, tumb drive dan pelbagai jenis alat elektronik lain yang boleh membahayakan alam sekitar.

Walaupun alat-alat ini mesti dibuang dengan sempurna, ramai antara pengguna hanya membuangnya ke dalam tong sampah dan kitaran mereka akan berakhir di tapak pelupusan dimana mineral dan bahan-bahan di dalamnya akan bocor.

Ketua Pembangunan Teknologi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Badaruzzaman Mat Nor berkata kebanyakan alat elektronik mempunyai jangka hayat purata antara 18 dan 24 bulan.

"Berjuta-juta telefon mudah alih sama ada hanya terbiar di rumah kerana tidak digunakan atau lebih teruk lagi di tapak pelupusan selepas dibuang. Lebih parah angka itu tidak termasuk telefon bimbit yang tidak berdaftar atau 'underwater'," katanya kepada The Star.

Terdapat kira-kira 65.7 juta telefon bimbit dalam pasaran Malaysia sehingga 2014 - angka yang dicatatkan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau Sirim.

Walaupun sisa elektronik mudah alih merujuk kepada sisa yang dihasilkan dari peranti berasaskan SIM seperti telefon, telefon pintar, tablet termasuk pengecas dan aksesorinya, Presiden dan Pengasas EcoKnights, Yasmin Rasyid berkata e-sisa sendiri adalah satu subjek yang luas.

"Komputer riba, komputer meja, barangan rumah seperti ketuhar gelombang mikro, TV, monitor, pencetak, peralatan komputer, VCR/pemain DVD, pemain MP3, pengimbas dan mesin faks termasuk dalam kategori e-sisa," katanya.

Ahli alam sekitar itu berkata alatan elektronik mengandungi bahan-bahan toksik seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan berilium yang perlu diuruskan dengan betul bagi mengelakkan pencemaran tanah dan air.

Tags / Kata Kunci: Sisa Elektronik , Sirim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan