KPD, Esscom Perlu Selektif Beri Permit Pengecualian Perintah Berkurung

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 3:38 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pihak keselamatan khususnya Ketua Polis Daerah (KPD) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) digesa lebih bersifat selektif dalam menentukan kawasan yang boleh diberikan permit untuk aktiviti perikanan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata perkara itu penting untuk mengurangkan risiko kejadian penculikan di kawasan perairan berkenaan.

"Permit pengecualian perintah berkurung tidak seharusnya dikeluarkan bagi kawasan yang terlalu dekat dengan sempadan Selatan Filipina atau kawasan yang terlalu berisiko kerana para nelayan boleh menjadi sasaran yang mudah kepada penjenayah rentas sempadan.

"Pihak KPD dan Esscom harus mengenal pasti kawasan paling berisiko dan tidak membenarkan sebarang aktiviti dijalankan di kawasan itu, terutamanya pada tempoh Perintah Berkurung sedang berjalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes penculikan tiga rakyat Indonesia di perairan Felda Sahabat, Lahad Datu ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan pada 11.40 malam Sabtu lepas.

Kejadian penculikan itu berlaku di kawasan perintah berkurung dan kapal pukat tunda berkenaan mempunyai permit pengecualian perintah berkurung bagi tujuan aktiviti menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Perintah berkurung yang berkuat kuasa dari 7 malam hingga 5 pagi, membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki berkata pihaknya mencadangkan agar pemberian permit pengecualian perintah berkurung hanya diberikan di kawasan yang tidak terlalu berisiko agar kejadian penculikan boleh ditangani.

"Selain itu kajian yang berterusan juga harus sentiasa dibuat untuk mengenal pasti kawasan yang mempunyai risiko yang tinggi," katanya.

Pada masa sama, Mohd Zaki berharap agar pengusaha industri penangkapan ikan laut sentiasa mengambil kira faktor keselamatan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila diberikan permit untuk beroperasi pada waktu Perintah Berkurung.

"Keselamatan aset dan pekerja tidak harus diperjudikan. Jangan hanya berserah 'bulat-bulat' kepada khidmat maupun keberadaan pihak keselamatan semata-mata. Para majikan harus memainkan peranan dan memikul tanggungjawab secara bersama," katanya.

Tags / Kata Kunci: Esscom

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan