Adinda Intai Pusingan Seterusnya Pertandingan Nyanyian Di China

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 7:57 AM

Adinda disambut bapanya, Mansor Man.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Walaupun namanya kini menjadi perhatian susulan prestasi menakjubkan pada pertandingan nyanyian realiti TV di China, Adinda Tasya Mansor tidak akan berpuas hati dengan kejayaannya itu.

Selepas tiba di rumahnya di sini pada Ahad, kanak-kanak berusia 11 tahun terus mendapatkan kuih raya meskipun sambutan Hari Raya adalah perkara terakhir dalam fikirannya sebelum ini.

"Satu-satunya perkara yang saya ingin fokuskan ialah berlatih dan pelbaiki nyanyian saya.

"Ia adalah persembahan pertama saya dalam pertandingan antarabangsa dan saya agak takut berhadapan peserta lain yang bagus.

"Saya mahu melakukan yang terbaik dalam pertandingan ini dan saya hanya boleh mencapainya jika bekerja keras," katanya kepada pemberita selepas tiba dengan ibunya yang berusia 44 tahun, Ernisyah Amron di stesen kereta api Taiping pada Ahad.

Sambil membawa beg, Adinda kelihatan sedikit keletihan tetapi kemudian bertukar ceria apabila dia melihat kakaknya Azdila Tasya, 15, dan bapanya Mansor Man, 53 yang juga Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyambut kepulangannya.

Bersaing dalam pertandingan Let’s Sing Kids Musim 4 di Hunan TV, Adinda buat kali pertama menyambut Hari Raya di luar negara selepas terbang ke wilayah Hunan pada 1 Julai lalu.

"Saya sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluarga saya.

"Walaupun ibu ada bersama saya, program ini membuatkan saya sibuk sepanjang hari dan saya hanya boleh menemui beliau pada waktu malam apabila kembali di hotel," katanya.

Sejak program itu disiarkan pada 2 Julai, video Adinda mempersembahkan lagu Next Stop in the Future nyanyian asal Lin Yu-Chun dalam bahasa Mandarin semasa pusingan pengenalan pertandingan telah menjadi viral di Internet dan meraih pujian daripada rakyat Malaysia.

"Saya dimaklumkan keluarga saya bahawa berita prestasi saya telah diterbitkan dalam akhbar tempatan dan orang bercakap mengenai saya.

"Saya berasa gementar kerana tidak biasa mendapat perhatian. Tetapi saya gembira kerana orang menghargai bakat saya," katanya.

Pelajar SJK (C) Sin Min di sini itu berkata dia telah menyanyikan lagu Cina sejak tadika.

Lagu pertama yang dinyanyikannya dalam pertandingan adalah Mama De Shou (Mama's Hands).

Adinda mengidolakan salah seorang artis terkenal di China, Na Ying dan dia sering menyanyikan lagu-lagu penyanyi itu di rumah.

"Saya suka lagu-lagu sentimental yang sukar untuk dinyanyikan. Saya mengambil ia sebagai satu cabaran untuk meningkatkan mutu nyanyian saya," katanya.

Adinda telah berkunjung sebanyak dua kali ke Hunan sejak 1 Jun.

Dia seterusnya akan terbang sekali lagi ke sana pada 15 Julai ini.

Tags / Kata Kunci: Adinda Tasya Mansor

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan