Warga Felda Terlibat Daesh Akan Dikenakan Tindakan - Isa Samad

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad memberi amaran kepada warga peneroka bahawa lembaga itu akan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka sekiranya didapati terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

Beliau berkata tindakan itu akan diambil berlandaskan undang-undang negara dan Felda.

"Jika mereka yang terlibat adalah daripada generasi kedua dan memohon membeli rumah yang kita wujudkan untuk mereka, kita akan tolak. Ada lag itindakan lain yang akan kita lihat dari semasa ke semasa.

"Pun begitu, saya percaya pihak polis dan tentera lebih arif dalam mengenal pasti mereka yang terlibat atau menyokong aktiviti-aktiviti kumpulan militan ini. Bagaimanapun, kita memandang serius isu ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkannya di sini, Ahad.

Majlis itu, yang dihadiri kira-kira 6,000 tetamu, turut dihadiri Pengerusi MCA Negeri Datuk Seri Lim Chin Fui.

Mengulas lanjut, Isa berkata Felda sentiasa memantau warganya bagimemastikan mereka tidak dipengaruhi kumpulan itu. Setakat ini, katanya, tiada laporan yang menunjukkan warganya terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

"Saya percaya masyarakat Felda inginkan suasana harmoni yang mereka kecapi kini terus dipertahankan.  "...bagi generasi lama Felda, mereka sudah tentu tidak inginkan generasi kedua dan akan datang mensia-siakan peluang yang diberi kerajaan dengan terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah itu," katanya.-Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan