Wisma Putra Belum Dimaklumkan Mengenai Pemeriksaan Ke Atas Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 4:05 PM

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wisma Putra belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan menyeluruh di lapangan terbang Indonesia ke atas pelawat rakyat asing termasuk dari Malaysia, demikian menurut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam kenyataan pada Ahad, beliau berkata Wisma Putra sedia maklum bahawa pihak berkuasa lapangan terbang sentiasa menjalankan pemeriksaan keselamatan secara rawak ke atas penumpang dari luar negara.

Oleh itu, katanya, Wisma Putra akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Kementerian Luar Negeri Indonesia mengenai laporan media bahawa pihak berkuasa Indonesia akan mengenakan pemeriksaan menyeluruh di lapangan terbang Indonesia ke atas pelawat rakyat asing termasuk dari Malaysia.

Jelas Anifah, Malaysia dan Republik Indonesia mempunyai kerjasama yang baik dalam menangani jenayah rentas sempadan termasuk ancaman dadah.

"Ancaman dadah rentas sempadan perlu terus ditangani secara bersama di antara pihak berkuasa kedua-dua negara," katanya lagi.

Semalam, laporan Bernama dari Jakarta menyebut rakyat Malaysia dan Singapura yang memasuki Indonesia bagi sebarang tujuan akan dikenakan pengawasan ketat dan pemeriksaan menyeluruh secara rawak tidak lama lagi.

Syarikat pengendali lapangan terbang di Indonesia, PT Angkasa Pura II dalam satu kenyataan media yang dipetik oleh media-media tempatan menyebut pengawasan dan pemeriksaan ketat itu bagi memastikan rakyat dari kedua-dua buah negara itu yang memasuki Indonesia tidak membawa barangan terlarang terutamanya dadah.

Direktor Utama PT Angkasa Pura II Budi Karya Sumadi berkata tindakan itu diambil ekoran kebanyakan kes penyeludupan dadah ke negara itu membabitkan rakyat dari kedua-dua buah negara berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan