132 Rumah Rosak, Kerugian Lebih RM700,000 Akibat Ribut

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 2:27 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Sebanyak 132 rumah dari empat kawasan taman perumahan dan lapan kampung di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Husein berkata pihaknya mendapat panggilan lebih kurang 5.45 petang semalam dan kerugian dianggarkan lebih RM700,000 setakat ini.

"Daripada jumlah itu, 15 rumah mengalami kerosakan teruk seperti bumbung rumah tercabut kerana diterbangkan angin kuat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Hashnuddin berkata kawasan yang dilanda ribut adalah Kampung Tualang, Kampung Bukit Kemuning, Kampung Chengal, Kampung Paya Kechik, Kampung Batu Satu, Kampung Haji Ali, Kampung Paya Dalam, Kampung Lompat, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur, Taman Chengal dan Taman Bahagia.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya bersama agensi berkaitan masih meneruskan bancian bagi mendapatkan jumlah sebenar rumah yang rosak akibat kejadian ribut itu.

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah, Jabatan Pertahanan Awam dan Majlis Keselamatan Daerah antara yang turut terlibat dalam operasi menyelamat dan bancian itu selain bomba. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ribut , Temerloh , rumah rosak

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan