Cabaran Penunggang Motosikal Pulang Beraya

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 2:31 PM

Nik Afif menunggang Yamaha 135LC pulang ke Mentakab, Temerloh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk pulang ke bandar menaiki kereta dan pengangkutan awam selepas menyambut hari raya bersama keluarga di kampung tetapi ada sesetengah daripada mereka memilih untuk menunggang motosikal.

Berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan pergi dan balik ke kampung halaman, Nik Mohamad Afif Al-Aziz Mohamad Yusof yang pulang beraya dari Kuala Lumpur ke Mentakab hampir mengalami kemalangan.

“Waktu pulang ke kampung dua hari sebelum raya, saya terpaksa menggunakan brek kecemasan akibat dihimpit kenderaan secara tiba-tiba. Mujur saya selamat kerana dapat kawal motosikal.

“Sepatutnya semua pengguna jalan raya baik pemandu dan penunggang kena menghormati antara satu sama lain dan pandu dengan berhemah, baru perjalanan lebih selesa,” katanya.

Tambah Nik, dia memilih motosikal untuk pulang ke kampung berbanding pengangkutan awam kerana tidak perlu bersesak untuk dapatkan tiket dan kos jauh lebih murah.

Perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam tersebut bermodalkan minyak sebanyak RM20 sahaja.


Nazrie bersama motosikal Yamaha 125z sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur

Berbeza dengan Mohammad Nazrie Abd Rahman yang bergerak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, pengalaman pulang ke ibu negara pada Sabtu mengalami sedikit kesukaran.

Menurut Nazrie, perjalanan itu mengambil masa lebih lapan jam kerana tayar belakang motosikalnya kekurangan angin ketika di Bidor, Perak.

“Saya terpaksa menolak motosikal tetapi mujur waktu kejadian saya berada di susur keluar Bidor.

“Masih ada kedai baiki motosikal yang buka di sana dan saya tukar tayar belakang baru dalam RM60,” katanya.

Bagi Hizal Ahmad yang pulang beraya dari Kuala Lumpur ke Felda Sungai Sibol, Johor Bahru pula, dia mengambil masa lebih kurang lima jam perjalanan untuk sampai ke kampung halaman.

Hizal Ahmad menunggang motosikal Yamaha 135LC

Menurut Hizal, sewaktu pulang sehari sebelum sambutan hari raya, masih terdapat pemandu yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan hingga mengganggu penunggang motosikal.

“Pada musim perayaan, lebuh raya memang sesak dan ada segelintir pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dan sukar untuk saya dan penunggang motosikal lain bergerak kerana mereka menghalang jalan.

“Kadang saya juga boleh hilang fokus bila menunggang motosikal kerana ada kenderaan yang menghimpit ke kiri jalan secara tiba-tiba terutamanya apabila hujan,” katanya.

Tambah Hizal, dia memilih untuk pulang beraya dengan menunggang motosikal kerana tidak terikat dengan jadual perjalanan yang ditetapkan oleh pengangkutan awam dan bebas untuk berhenti di mana-mana hentian.

Tags / Kata Kunci: Motosikal , Raya , Aidilfitri , Syawal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan