Masalah Teknikal, Brek Punca Bas Rempuh Sepuluh Kenderaan Di PLUS

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah bas persiaran merempuh 10 kenderaan lain dalam satu kemalangan di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, selepas Terowong Menora di sini, Ahad.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata kemalangan kira-kira 3 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal atau kegagalan brekbas berkenaan. 

"Mengenai kecederaan, buat masa ini pihak polis tidak dapat memastikan jumlah yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad malam.  

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat.




Beliau berkata semasa kejadian, bas berkenaan yang tidak diketahui destinasinya, secara tiba-tiba melalui bahagian lebuh raya itu lalu merempuh tiga kereta di hadapannya.

"Semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh. Pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan," katanya. 

Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan.

"Polis Perak memandang serius kejadian ini. Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol," katanya.

Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu.

Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dapat dialihkan kira-kira 4.30 petang, katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bas rempuh , PLUS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan