Ancaman Militan: KDN Sedia Laksana Visa Bagi Pelawat Timur Tengah

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia melaksanakan penggunaan visa warga asing untuk rakyat dari negara Timur Tengah seperti yang dicadangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Timbalan menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata setakat ini cadangan itu belum lagi dikemukakan oleh MKN kepada kementerian, namun KDN bersedia melaksanakan penggunaan visa tersebut sejurus menerima arahan daripada majlis itu.

"Itu (visa) kuasa MKN. KDN akan melaksanakan arahan MKN. (Setakat ini) KDN belum terima arahan MKN lagi. Bila terima kita akan laksana," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Nur Jazlan juga berkata KDN menyerahkan kepada MKN untuk menentukan negara Timur Tengah yang akan dikenakan visa warga asing berkenaan.

Semalam, Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan visa berkenaan bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Alias berkata penggunaan visa kepada negara yang terlibat dengan pergolakan atau negara yang dikenal pasti sumber datangnya aktiviti kumpulan militan Daesh penting bagi memantau kemasukan mana-mana individu yang terbabit dalam militan tersebut ke negara ini.

Setakat ini, Malaysia hanya mengenakan penggunaan visa kepada 34 daripada 201 negara terutama di benua Afrika.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan