Hasrat Dapat Wang Segera Jadi Gigolo Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila harapannya untuk memperoleh wang dalam sekelip mata dengan menjadi gigolo tidak kesampaian.

Sebaliknya dia lesap RM2,500 apabila ditipu oleh seorang ejen.

Choo, 37, berkata dia memerlukan wang dengan segera untuk memujuk teman wanitanya selepas mereka bergaduh dan menghubungi ejen 'pengiring lelaki' yang diperkenalkan oleh kawan-kawannya.

"Ejen bernama Kent memberitahu dia boleh mendapatkan pelanggan wanita untuk saya. Dia kata saya boleh dapat sehingga RM3,000 untuk tugas selama tiga jam," kata Choo di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Sim Chon Siang di sini, Sabtu.

Namun apa yang mengejutkan Choo telah mendepositkan RM1,000 ke akaun ejen itu sebagai bayaran yuran pemprosesan dan RM1,500 lagi untuk bayaran sebagai pencari.

Choo memberitahu bakal klien pertamanya adalah seorang pengurus bank berusia 35 tahun tetapi apabila dia tiba untuk temu janji di sebuah hotel kira-kira pukul 2.45 pagi pada 3 Julai lalu, tiada sesiapa pun muncul.

"Saya cuba menghubungi Kent tetapi panggilan saya disekat. Saya kemudiannya menyedari saya ditipu. Saya hanya mahu Kent mengembalikan wang saya," katanya.

Choo berkata beliau menyesal dengan keputusan itu kerana teman wanitanya sudah mengetahui apa yang dilakukannya dan enggan menjawab panggilan telefonnya.

Sim menasihati Choo supaya membuat laporan polis kerana dia menjadi mangsa penipuan.

Menurut Sim, hasil pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan akaun bank Kent dikaitkan dengan sebuah syarikat yang didaftarkan sebagai penjual pakaian dan aksesori di Kuala Lumpur.

"Ini mungkin satu sindiket yang menipu ramai lelaki," kata Sim.

Tags / Kata Kunci: gigolo , wang segera , Choo

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan