Jumlah Saman Guna Lorong Kecemasan Berkurangan

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 7:58 PM

Masih terdapat pemandu yang degil menggunakan lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ibu negara ketika tinjauan foto Bernama di Kilometer 315 arah Selatan berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 3 petang Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Sebanyak 1,019 saman dikeluarkan ke atas pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bagi Zon Utara setakat 11 hari Op Selamat 9/2016 yang bermula 29 Jun lalu.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata jumlah itu berkurang berbanding 6,000 saman pada tahun 2014 dan 4,000 untuk tempoh sama tahun lalu. 

Beliau berkata penurunan jumlah saman disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang tegas selain hebahan di media massa mengenai tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tersebut.

"Antara lokasi yang paling banyak saman dikeluarkan di sepanjang PLUS ialah di susur keluar Slim River, Tanjung Malim dan Juru," katanya dalam sidang media di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Tapah pada Ahad.

Selain itu, beliau berkata jumlah kenderaan di jalan raya pada 2 hingga 5Julai lalu tidak menunjukkan kesesakan lalu lintas teruk berikutan pengguna mengikut jadual perjalanan yang disediakan PLUS.

"Bagaimanapun jumlah kenderaan di jalan raya menjadi sesak pada 8 hingga 10 Julai disebabkan orang ramai mula pulang ke ibu kota tanpa mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. 

"Kesesakan jalan raya dijangka berterusan sehingga petang esok (Isnin) kerana ada yang belum pulang ke ibu kota dan lokasi paling teruk adalah di Terowong Menora, Gua Tempurung, Simpang Pulai dan Tapah," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Subtek (Pusat Operasi) Zon Tengah, Supt Mohd Radi Abd Rahman berkata sehingga semalam sebanyak 11 kes kemalangan maut dengan12 kematian direkodkan. 

"Jumlah itu berkurang berbanding Op Selamat 7 tahun lepas iaitu 75 kes kemalangan maut dan 78 kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari pelaksanaan operasi.

"Bagaimanapun jumlah kemalangan di Zon Tengah meningkat sebanyak 3030 kesia itu daripada 6,766 semasa Op Selamat 7 kepada 7,069 kes sehingga semalam,"katanya.

Radi berkata Selangor mencatat kes kemalangan paling tinggi berbanding negeri-negeri lain adalah disebabkan ia merupakan laluan pengantara pengguna jalan raya untuk pulang ke kampung di bahagian utara dan selatan.

Beliau berkata lebuh raya merupakan laluan selamat kerana ia hanya menyumbang kemalangan sebanyak 11.1 peratus, kemalangan maut (12.3 peratus) dankematian (11.8 peratus) berbanding jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran.
|
"Analisis awal mendapati antara faktor kemalangan adalah pemanduan tidakcekap, salah membuat pertimbangan, memandu melebihi had laju, suka mencelah dan menghimpit kenderaan lain serta tidak memberi isyarat semasa hendak membelok,katanya. 

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihat agar berhemah danmematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya lain.

Tags / Kata Kunci: lorong kecemasan , saman

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan