DBKL Kaji Kualiti Bendera Malaysia Dikibar Sekitar KL

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2016 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kualiti bendera Malaysia yang dikibarkan di sekitar ibu negara berikutan bendera yang dikibarkan di Dataran Merdeka koyak akibat angin dan hujan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata usaha itu perlu diambil agar bendera yang merupakan lambang negara tahan lebih lama, tidak cepat koyak dan 'tahan lasak' berbanding yang sedia ada.

Beliau berkata Jalur Gemilang yang koyak itu telah diturunkan pada Jumaat lepas dan akan diganti dengan yang baharu pada Isnin.

"Bendera yang dikibarkan di ibu negara diganti dengan yang baharu setiap tiga bulan," katanya.

Mhd Amin mengulas mengenai penyebaran gambar bendera Malaysia di Dataran Merdeka yang koyak melalui media sosial baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bendera itu koyak ekoran angin kuat dan hujan lebat pada Rabu dan Khamis lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: DBKL , bendera Malaysia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan