Sarawak Report Perdaya Orang Ramai Mengenai 1MDB

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 11:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sarawak Report gagal menyedari hakikat bahawa Laporan Ketua Audit Negara merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiapkan laporan akhir badan itu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Laporan Ketua Audit Negara itu tidak lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB.

Malah, dalam kiriman blognya, katanya, laporan lengkap adalah daripada PAC kerana ia bukan sahaja mengambil kira Laporan Ketua Audit Negara tetapi semua maklumat lain yang dikumpulkan.

Beliau berkata, dalam hal ini, Sarawak Report boleh diberi faedah kesangsian kerana mereka diberi maklumat yang silap atau tidak menyedari fakta yang sangat penting ini.

"Sekiranya mereka sedar perkara ini, maka Sarawak Report bersalah  memperdayakan orang ramai kerana apa yang dimaklumkan kepada awam telah menyimpang jauh daripada kebenaran," katanya.

Salleh berkata laporan Sarawak Report juga berkompromi tentang integriti ahli-ahli PAC termasuk beberapa ahli daripada pembangkang.

"Adakah Sarawak Report mempersoalkan kejujuran ahli-ahli PAC," tanya beliau.

Sarawak Report membuat sindiran bahawa PAC dan ahli-ahlinya termasuk daripada pembangkang tidak jujur dan cuba menyembunyikan apa yang mereka temui dalam siasatan.

Khamis lepas, laman pembocor maklumat berpangkalan di London itu mendedahkan sekali lagi apa yang didakwa sebagai petikan penting daripada siasatan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang telah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tags / Kata Kunci: Sarawak Report , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan