Agong, Raja Permaisuri Hadiri Resepsi Exco Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 3:37 PM

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat mencemar duli ke Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Halim pada Sabtu untuk menghadiri majlis perkahwinan Suraya (kanan) dan pasangannya Zulkifli (kiri). - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Halim di sini untuk menghadiri majlis perkahwinan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob.

Terdahulu majlis akad nikah Suraya dan pasangannya Datuk Zulkifli Ishak yang merupakan ahli perniagaan berlangsung di rumahnya di Lorong Menteri di sini pada pukul 9.45 pagi dengan dihadiri keluarga terdekat.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Dewan Centennial pada pukul 12.30 tengah hari.

Turut berangkat ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bersama isteri, Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim turut berkenan menghadiri majlis.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, anggota-anggota exco serta pegawai-pegawai kanan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan