Mustafar Ali Paling Sesuai Pimpin SPRM - Ideas

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah melalui proses transformasi yang ketara di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diterajui oleh individu dari dalam badan itu sendiri.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata ini akan memastikan agenda semasa dan kesinambungan kerja dalam SPRM diteruskan.

Dalam hal ini, beliau berpendapat individu paling layak menggantikan Abu Kassim yang menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos depan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.

"Oleh kerana orang nombor satu dan nombor dua SPRM akan bersara, maka calon dalaman yang paling sesuai ialah Datuk Mustafar Ali yang merupakan pegawai ketiga tertinggi sekarang.

"Saya rasa jika mana-mana pegawai tinggi SPRM sekarang mengambil alih sekalipun, peluang berlakunya kesinambungan transformasi SPRM pasti lebih tinggi berbanding jika orang luar 'dipayungterjunkan' ke dalam organisasi itu," kata Wan Saiful dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Abu Kassim mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos depan manakala timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan bersara wajib pada 3 Oktober.

"Sekarang ini heboh dikatakan bahawa Datuk Dzulkifli Ahmad dari Jabatan Peguam Negara atau Tan Sri Noor Rashid Ibrahim daripada Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih jawatan itu.

"Kedua-dua mereka memang berpengalaman tetapi dengan suasana politik sekarang, pelantikan orang luar hanya akan menjejaskan reputasi SPRM itu sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mustafar Ali , SPRM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan