Militan: MKN Cadang Perkenal Penggunaan Visa Kepada Negara Timur Tengah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan visa warga asing untuk rakyat dari negara Timur Tengah bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad berkata setakat ini, Malaysia hanya mengenakan penggunaan visa kepada 34 daripada 201 negara terutama di benua Afrika.

"Kita melihat sama ada untuk mengenakan visa kepada negara yang terlibat (dengan) pergolakan, ataupun negara-negara yang kita kenal pasti sumber datangnya aktiviti kumpulan militan Daesh.

"Kalau mereka bebas boleh masuk ke negara ini tanpa pemantauan maka susah untuk kita menjejak mereka apabila mereka berada di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemangku Ketua UMNO bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz di Kampung Kubang Batang di sini, Sabtu.

Alias berkata pihaknya turut mengarahkan Bank Negara serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memantau transaksi kewangan syarikat Malaysia yang mempunyai hubungan dengan syarikat antarabangsa bagi mengekang penyaluran dana kepada kumpulan militan itu.

Beliau berkata pihaknya juga memantau komunikasi melalui media sosial di dalam dan luar negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi perisikan luar negara berhubung ancaman Daesh.

"Dengan kerjasama perisikan di dalam dan luar negara, kita harap penyaluran dan pengarahan maklumat melalui media sosial ini kita dapat kekang dan dapat dikurangkan.

"Saya percaya dari segi organisasi Daesh di Malaysia ini (ia) dapat dikekang oleh pasukan keselamatan kita terutama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan