Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Baghdad

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 3:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di daerah Karrada, Baghdad pada 3 Julai lepas yang meragut 213 nyawa serta mencederakan 177 orang.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia menganggap tindakan keganasan itu tidak berperikemanusiaan dan berharap pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan Malaysia turut merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iraq serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat di dalam serangan tersebut.

Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan akan terus memantau situasi itu dan mengingatkan rakyat Malaysia yang melawat Iraq agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan kerajaan Iraq.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Amman di talian +96265902400, faks +96265934343 atau Wisma Putra (Konsular) di talian 03-88874530/4047. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan