Ketulenan Dokumen Dalam Laporan Sarawak Report Akan Dikenal Pasti - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 7:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Audit Negara akan mengenal pasti ketulenan dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Report, laman web yang berpangkalan di London, mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum mengambil tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM akan berbincang dengan Ketua Audit Negara untuk memastikan dokumen itu adalah 'sebenar-benarnya" dokumen dalam Laporan Audit Negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia.

"Kita pun sebenarnya tidak pasti lagi dokumen yang disiarkan dalam Sarawak Report adalah satu dokumen dalam Laporan Audit Negara atau yang sudah dipinda Sarawak Report sebelum disiarkan.

"Kalau ia adalah dalam Laporan Audit Negara dan diklasifikasikan rahsia, kita akan siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Sri Satri di sini, Sabtu.

Khalid juga mempertikaikan kesahihan laporan dalam Sarawak Report dan berkata: "Sarawak Report bukan boleh harap pun kerana sudah beberapa kali buat statement yang tidak betul".

"Dia (Sarawak Report) sengaja nak buat kucar-kacir di negara ini. Editor Sarawak Report yang berpangkalan di UK akan buat fitnah macam-macam kerana mereka tahu tidak boleh dipanggil polis.

"Saya berharap orang ramai berhati-hati dengan laporan online asing, khususnya Sarawak Report," katanya.

Sebelum itu, portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa Sarawak Report menyiarkan sebahagian kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Tags / Kata Kunci: Sarawak Report , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan