Hujan Lebat Selepas Berakhirnya El Nino

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia berdepan fenomena El Nino sejak enam bulan lalu tetapi negara ini mungkin dilanda hujan lebat dan banjir (La Nina) pada separuh kedua tahun ini.

Ketika Filipina dan Taiwan diancam serangan Taufan Nepartak, pusat ramalan kaji cuaca antarabangsa menjangkakan Malaysia mungkin dilanda banjir dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

La Nina mungkin melanda negara ini selepas berakhirnya fenomena El Nino terburuk dalam tempoh 20 tahun.

Kedua-duanya membawa kepada hujan lebat luar biasa di beberapa bahagian di dunia dan kemarau di tempat lain.

Pada awal pagi Jumaat, beberapa bahagian di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya di Selangor serta Muar, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Baru di Johor dilanda hujan lebat dan ribut petir.

Data terbaharu iklim Amerika Syarikat (AS) mendedahkan ramalan 75 peratus La Nina akan berlaku dari Oktober hingga Disember ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberitahu Bernama bahawa pihaknya akan memantau data tersebut dan akan berjaga-jaga bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari dipetik sebagai berkata berdasarkan corak cuaca, kesan La Nina boleh menjadi lebih buruk pada akhir tahun ini yang juga merupakan tempoh puncak monsun.

"Jika tiada kesan La Nina, cuaca akan kembali normal dengan musim hujan seperti biasa di Pantai Timur pada Disember di mana putara hujan antara 600mm dan 700mm,” katanya.

El Nino, yang bermaksud 'budak lelaki' dalam bahasa Sepanyol, adalah satu fenomena cuaca yang tidak teratur yang menyebabkan suhu laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik meningkat, sementara La Nina yang bermaksud 'budak perempuan' dalam bahasa Sepanyol, membawa kepada penyejukan air laut.

La Nina sering berlaku selepas El Nino berakhir.

Kitaran terakhir El Nino antara Mac 2015 dan Mei 2016 merupakan paling terburuk dengan pemanasan lautan di dunia yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan menyebabkan paras air di empangan terjejas teruk.

Menurut pakar iklim, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, negeri-negeri di pantai timur selain Sabah dan Sarawak akan merasai kesan paling teruk akibat La Nina.

"Banjir bergantung kepada lokasi dan taburan hujan.

"Jika hujan lebat di sepanjang kawasan pantai, banjir besar pada akhir 2014 di pantai timur semenanjung mungkin akan berulang kembali.

"Namun, jika hujan lebat melanda kawasan pedalaman katakan selama empat hingga lima hari, sama seperti berlaku pada 2014, ia boleh menyebabkan paras air sungai meningkat sehingga 10m dan banjir besar boleh berlaku," katanya seperti dipetik Bernama.

Banjir buruk melanda enam negeri di semenanjung pada hujung tahun 2014 dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang antara yang terjejas teruk.

Hampir 100,000 penduduk dipindahkan semasa banjir tersebut.




Tags / Kata Kunci: El Nino , La Nina , banjir besar

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan