Aliran Trafik Bergerak Perlahan Dari Utara Ke Ibu Negara

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 12:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 12 tengah hari ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di Changkat Jering ke kawasan mendaki Bukit Berapit dan Sungai Perak menuju Terowong Menora.

"Trafik juga dilaporkan perlahan dari Permatang Pauh ke Perai disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di sekitar Plaza Tol Karak di kedua-dua arah, Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Plaza Tol Gombak ke MRR2.

"Selain itu, trafik juga mulai sibuk di sekitar Plaza Tol Kuala Terengganu ke Kuantan manakala lokasi lain di Lebuhraya Pantai Timur 2 masih lancar," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: Trafik , Menora

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan