Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pada 6 Petang

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2016 7:40 PM

Aliran trafik sesak namun lancar di Terowong Menora pada petang Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ke Kuala Lumpur dilapor bergerak perlahan petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 6 petang, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) perlahan dari arah utara bermula dari Terowong Menora menuju Sungkai, dari Alor Setar menuju Gurun dan Sungai Petani menuju Tikam Batu.

Trafik turut perlahan dari laluan Perai ke Jawi, Bukit Merah ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng, Tapah ke Sungkai, Bukit Beruntung ke Rawang dan dari Rawang Selatan menuju Sungai Buloh, katanya kepada Bernama.

Aliran trafik juga dilapor perlahan di Lebuhraya Pantai Timur dari Hentian Sebelah Lanchang menuju Bukit Tinggi, selepas Plaza Tol Gambang, selepas Plaza Tol Gombak dan dari Plaza Tol Karak menuju Bentong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan