Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Setakat 11 Malam, Jumaat

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 11:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 11 malam ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata di utara, trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani Selatan menuju ke Bertam.

"Trafik juga dilaporkan perlahan dari Port Dickson menuju ke arah Seremban berikutan jumlah trafik yang tinggi," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik juga perlahan di sepanjang dua kilometer menghampiri plaza tol Gombak.

"Keadaan yang sama juga dilaporkan dari Taiping ke Changkat Jering, Kuala Kangsar ke Perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak, Menora ke Gopeng dan Sungkai menuju ke Trolak," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan