Tangki Air Zaman Penjajahan British Berdepan Risiko Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 8:59 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Sebuah tangki air besar yang dipercayai dibina semasa zaman penjajahan British berdepan risiko akan runtuh.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), R. Ramakrishnan yang melawat ke kawasan itu berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat kira-kira tiga meter air di dalam tangki itu walaupun kemudahan tersebut kononnya sudah tidak digunakan lagi.

Hakisan tanah turut kelihatan di salah satu bahagian tangki dan paip yang terletak di lereng bukit itu.

Tangki air itu terletak di lereng bukit di Jalan Brinchang dekat atas Sungai Burong yang tidak jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang di Brinchang

"Terdapat juga sebuah tokong Buddha di atas bukit itu. Jika tangki itu tumbang semasa tanah runtuh ia mungkin membahayakan nyawa penduduk dan menjejaskan kawasan ladang berhampiran," katanya.

Beliau menyedari kawasan berisiko tanah runtuh dekat tangki itu pada 31 Mei sejurus selepas insiden tersebut berlaku.

Hujan lebat pada waktu itu menghanyutkan jambatan, laluan utama yang menghubungkan Kuala Terla dan Pos Terisu dekat perkampungan Orang Asli.

Tangki tersebut yang dikenali sebagai Lilly Water Tank dibina oleh James Craig Ltd di Klang dan mampu menampung sehingga 1.5 juta liter air.

Difahamkan syarikat tersebut merupakan syarikat sama yang membina Jambatan Iskandariah merentasi Sungai Perak pada 1932.

Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau akan bertemu dengan pihak berkuasa minggu depan berhubung tanah runtuh dekat kawasan tangki tersebut selain membincangkan beberapa isu lain seperti jambatan yang rosak.

Sebuah jambatan sementara telah pun dibina.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan