Nyanyian Adinda Di China Curi Tumpuan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu video nyanyian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dari Malaysia menerusi program realiti di China menjadi viral dan mencuri tumpuan seluruh rakyat di negara ini.

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Adinda dari Taiping, Perak mengambil bahagian di dalam program realiti Let's Sing Kids musim keempat yang mula bersiaran pada 2 Julai lalu.

"Sebelum ini saya gementar untuk menyanyi dikhalayak ramai tapi apabila berada di sini, saya lebih berani," kata Adinda sebelum menaiki pentas untuk mempersembahkan lagu Next Stop in the Future nyanyian asal Lin Yu-Chun dalam bahasa Mandarin.

Nyanyian Adinda mendapat tepukan gemuruh dari penonton dan juga telah menarik perhatian ketiga-tiga juri program itu.

Selain itu, dia juga turut menyanyikan lagu tema dari filem animasi Disney's Frozen berjudul Let It Go dan berduet bersama penyanyi Gary Chaw yang merupakan juri untuk program tersebut.

Adinda turut memberitahu impian untuk berduet bersama Chaw akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi montaj video yang disediakan, Adinda menunjukkan rumah kediamannya dan turut memperkenalkan seluruh ahli keluarga dengan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Dia turut menunjukkan beberapa koleksi anugerah nyanyian yang diterimanya dalam beberapa pertandingan yang berbeza.

Menurut Adinda, bapanya menaruh harapan besar untuk melihatnya menyanyi di China agar lebih ramai orang dapat mendengar kehebatan suaranya.

Menerusi laman media sosial, rata-rata teruja dan memberi respons positif terhadap persembahan Adinda selain turut memberi sokongan penuh terhadap penyanyi muda tersebut.

"Bagus! Nyanyian tersebut membuatkan saya terharu dan berbangga menjadi rakyat Malaysia," kata Danny Khoo.

Tags / Kata Kunci: Adinda , China

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan