Pelajar Iraq Teruja Beraya Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

JAUH menuntut ilmu tidak menjadi penghalang buat dua pelajar warga Iraq yang sedang menimba ilmu di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk meraikan Aidilfitri bersama rakan-rakan di Malaysia.

Lebih menarik, bagi mengekalkan tradisi serta budaya negara kelahiran asal, Tyba Waleed Khalid, 20 dan Shahad Waleed Khalid, 21 turut membawa pakaian tradisional mereka untuk digayakan.

Pakaian menerusi gabungan etnik Arab, Kurdis dan Turki yang diberi nama 'saya' dan 'abaya' tersebut tampak begitu anggun.

Ikuti temubual bersama dua pelajar ini berkongsi pengalaman beraya di perantauan bersama mStar TV.

Tags / Kata Kunci: Iraq , Syawal , Aidilfitri , Raya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan