Wan Junaidi Redakan Kebimbangan Mengenai Jerebu Teruk Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 5:28 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Khamis meredakan sedikit kebimbangan mengenai jerebu merentas sempadan teruk yang akan berlaku tahun ini.

Beliau berkata Indonesia, tempat asal jerebu akibat pembakaran hutan berikutan penerokaan tanah, nampaknya memainkan peranan menghormati komitmennya untuk mengawasi fenomena tahunan ini.

Setakat ini, hanya terdapat beberapa titik panas di Sumatera dan dua di Kalimantan, katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini.

Wan Junaidi berkata, undang-undang Indonesia membenarkan 40 peratus pekebun kecil menuai kelapa sawit dan pokok-pokok untuk pulpa dan kertas menjalankan pembakaran terbuka di tanah ladang mereka kira-kira dua hektar setiap seorang.

Bagaimanapun, beliau percaya jerebu tidak akan menjadi begitu serius tahun ini memandangkan Indonesia menghadapi banyak tekanan daripada Malaysia dan Singapura yang teruk menghadapi fenomena ini.

"Apa pun, Indonesia masih bertanggungjawab kepada negara-negara jiran berdasarkan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002," katanya.

Wan Junaidi juga berkata, bahawa pemanasan global menyebabkan keadaan cuaca tidak dapat diramalkan.

"Ia adalah perkara biasa, semasa musim panas sekarang, apabila hujan, sudah pasti berlaku ribut petir dengan angin yang sangat kuat. Kita akan melihat lebih banyak keadaan seperti ini," katanya.

Beliau menasihatkan semua pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi kawasan-kawasan rendah dan memastikan saliran yang lebih baik untuk mengelak banjir kilat daripada berlaku berulang kali. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan