Pengganti Ahmad Husni, Devamany Akan Dirujuk Kepada Najib - Zambry

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 8:36 AM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengganti Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri S.K. Devamany masing-masing bagi jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dirujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pengisian jawatan Ahmad Husni, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak akan dibincangkan di peringkat parti sebelum dirujuk kepada Najib, selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Sementara, jawatan Speaker DUN Perak akan dibincangkan oleh parti komponen BN bersama Najib sebelum dibentangkan kepada dewan, kata Zambry, yang juga Menteri Besar Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Perak di kediamannya, di sini Rabu.

"Saya juga meminta semua pihak untuk menghormati keputusan Ahmad Husni meletak semua jawatannya dalam parti dan BN," katanya.

Pada pengumuman rombakan Kabinet, 27 Jun lepas, Najib mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua serta semua jawatan dalam parti.

Devamany, yang juga timbalan presiden MIC, melepaskan jawatan Speaker DUN yang disandang sejak 2013, susulan pelantikannya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ditanya mengenai permintaan Devamany bahawa jawatan Speaker DUN Perak dikekalkan kepada calon dari MIC, Zambry berkata ia berdasarkan kedudukan kuota dan persefahaman antara parti komponen BN.

Bagaimanapun, katanya, permintaan itu akan dipertimbangkan.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis rumah terbuka itu yang dihadiri oleh 10,000 orang.

Selain hidangan pelbagai juadah tradisonal seperti rendang, ketupat dan lemang, pengunjung turut dihiburkan oleh artis tempatan dan kanak-kanak diberi duit raya.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan