Hepatitis Kini 'Pembunuh' Utama Warga Dunia

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Virus hepatitis kini menjadi punca kematian dan ketidakupayaan di dunia apabila ia didapati membunuh lebih ramai warga global berbanding Aids, batuk kering (TB) atau malaria.

Kematian akibat jangkitan, penyakit paru-paru dan kanser berpunca daripada virus hepatitis meningkat 63 peratus daripada 890,000 pada 1990 kepada 1.45 juta pada 2013, menurut data yang dikumpulkan menerusi kajian semula melibatkan 183 negara.

Mengikut perbandingan, pada 2013 adanya 1.3 juta kematian disebabkan Aids, 1.4 (TB) dan 855,000 meninggal dunia disebabkan malaria, demikian mengikut laporan yang diterbitkan The Lancet.

"Bagaimanapun kematian akibat dijangkiti penyakit seperti TB dan malaria menurun sejak 1990, manakala virus hepatitis pula meningkat," menurut ketua penyelidik Jabatan Perubatan Kolej Imperial London, Graham Cooke.

Hepatitis menyebabkan radang paru-paru berpunca daripada virus yang ada kalanya daripada penggunaan dadah atau alkohol, selain jangkitan dan penyakit melibatkan imunisasi.

Kesemuanya ada lima jenis hepatitis iaitu A,B,S,D dan E.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, jenis A dan E mudah dipindahkan daripada makanan dan air yang tercemar, manakala B,C dan D pula menerusi cecair badan dan individu yang telah dijangkiti.

Dianggarkan sebanyak 95 peratus penduduk tidak sedari telah dijangkiti, walaupun hepatitis B dan C boleh mengelak ia menyebabkan penyakit paru-paru kronik.

Selain itu, menurut penyelidik, sebanyak 96 peratus kematian menyebabkan hepatitis disebabkan jenis B dan C di mana kematiannya berlaku di Asia timur dan selatan.

Susulan itu, kata Cooke, pihaknya menghasilkan vaksin untuk hepatitis A dan B dan rawatan terbaharu untuk C.

Kajian semula itu membuat kesimpulan supaya melakukan perubahan termasuk struktur dana bagi memastikan keberkesanan maklum balas untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana. - AFP  



Tags / Kata Kunci: hepatitis , Graham Cooke , TB

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan