75,000 Kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri PM

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 7:03 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika beramah mesra dengan para pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana pada Rabu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet beliau pada Rabu meraikan kira-kira 75,000 pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Seri Perdana di sini. 

Majlis itu, yang bermula pada 10.50 pagi dan berakhir pada 4 petang, turut dihadiri pelancong asing, yang sesetengahnya tiba sejak 9 pagi lagi.

Najib, yang berpakaian Baju Melayu berwarna merah pulasan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang mengenakan Baju Kurung Moden, kelihatan begitu ceria menyambut kedatangan dan berjabat tangan dengan para pengunjung ke majlis itu.

Terdahulu, Najib berkata, beliau gembira dengan sambutan hebat orang ramai terhadap majlis itu dan yakin kehadiran mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan kehidupan dapat memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat negara ini.

Walaupun Najib kelihatan agak keletihan setelah meraikan begitu banyak tetamu yang berkunjung ke kediaman rasmi beliau itu, beliau tetap melayan mereka dengan penuh kemesraan. 

Cuaca panas pada Rabu tidak menghalang orang ramai, termasuk pelancong asing, untuk berpusu-pusu ke majlis itu.

Berikutan ancaman kumpulan militan di negara ini, para pengunjung ke majlis itu, termasuk pelancong asing, dikenakan saringan keselamatan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Hadirin disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat, rendang dan pelbagai masakan lain. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan