Mereka Muda, Bersenjata Dan Berbahaya

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mereka lengkap bersenjata dan bersedia untuk bertindak.

Dalam salah satu video terbaharu negara Islam (IS) yang muncul, seorang kanak-kanak telah melancarkan serangan kata-kata terhadap 'orang yang berdosa', dengan bercakap dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

Dia berkata semua persiapan pertempuran yang ditunjukkan dalam video itu adalah untuk orang-orang berdosa sebagai orang yang zalim dan telah mengubah undang-undang Allah.

Dia mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kemarahan mereka, yang disamakan dengan 'kuda perang' yang mahu menjatuhkan musuh-musuh Allah.

Digelar Generasi Petempur dalam satu klip, IS seolah-olah meletakkan kanak-kanak di barisan hadapan kempen keganasannya.

Kumpulan militan itu telah menjerat belia di kepulauan Indo-Melayu untuk melampiaskan malapetaka di tempat-tempat mereka yang pernah dipanggil rumah suatu masa dahulu.


Beberapa laporan telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak Malaysia telah dilatih di kem-kem IS di Syria dan Iraq.

Rupa-rupanya, akademi itu juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk mengindoktrinasi pelajar-pelajar di Asia Tenggara.

Pihak berkuasa berkata, mereka dibawa ke negara-negara yang dilanda perang oleh ibu bapa mereka yang berhijrah ke luar negara untuk menyertai IS.

Dalam klip video lain, kumpulan kanak-kanak dilihat berada dalam bilik darjah, mengulangi semula apa yang diajar oleh seorang guru agama.


Dan, dalam apa yang kelihatan seperti satu pembelajaran formal di luar rumah, seorang kanak-kanak telah mengangkat tangan untuk menjawab soalan daripada orang dewasa tentang maksud orang yang berdosa.


Video itu kemudian beralih kepada apa yang kelihatan seperti kanak-kanak sedang ketawa dan bermain.

Mereka sebenarnya sedang belajar bagaimana untuk mempertahankan diri daripada tumbukan.

Tags / Kata Kunci: militan IS , rekrut IS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan