"Jangan Glamorkan Militan" - Amaran Khalid Kepada Media

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pengamal media supaya tidak membuat liputan kegiatan militan, seolah-olah memberi glamor kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata, media yang didapati mengancam keselamatan negara dengan menemubual militan akan dikenakan tindakan tegas.

"Apa yang kamu mahu lakukan dengan menemubual mereka? Beri mereka keadilan? Tolong la," kata Khalid ketika majlis Rumah Terbuka di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Rabu.

Beliau berkata, media bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kawalan di negara ini berjalan lancar.

"Kamu memberi mereka ruang untuk jahanamkan kita. Kawalan keselamatan adalah paling utama. Kamu mengancam keselamatan negara ini dengan berbuat demikian," katanya yang menganggap perbuatan itu sesuatu yang menjengkelkan.

Khalid juga menafikan bahawa beliau telah mencabar kumpulan militan.

"Bukan tugas saya untuk mencabar mereka, tetapi tugas saya untuk memastikan rakyat Malaysia selamat dan saya akan lakukannya sebaik mungkin," katanya.

Khalid berkata, keselamatan tempat beribadah dan pangkalan pasukan keselamatan termasuk polis telah dipertingkatkan susulan serangan di Indonesia dan Arab Saudi.

"Saya tidak perlu jelaskan bagaimana kami lakukannya, tetapi kami telah mengambil langkah untuk memperketatkan keselamatan di lokasi yang berpotensi menjadi sasaran," katanya.

Mengenai penahanan dua anggota polis kerana mempunyai jaringan dengan militan Negara Islam, Khalid berkata, pihaknya sedang memantau situasi itu.

"Lebih mudah memantau anggota kami. Sebab itu juga kami dapat menahan mnereka sebelum mereka terlibat dengan serius dengan kegiatan militan dan sebelum lebih ramai anggota pasukan diheret dalam propaganda itu," katanya.


  







 

Tags / Kata Kunci: militan , Khalid Abu Bakar , Pulapol

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan