Ancaman Daesh Fenomena Baharu - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2016 7:49 PM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ancaman kumpulan militan Daesh yang kini dihadapi dunia merupakan satu fenomena baharu dan berbeza dengan ancaman yang pernah dihadapi oleh negara ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ancaman Daesh merupakan pengalaman dan cabaran baharu kepada negara susulan penggunaan landasan media sosial sebagai kaedah utama untuk merekut anggota serta menyebarkan fahaman ekstremis kumpulan itu.

Katanya, Malaysia telah melalui ancaman era kumpulan militan seperti Al Qaeda, Al-Maunah, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) sedekad lepas tetapi pendekatan Daesh ada berbeza.

"Fahaman Daesh menular melalui saluran media sosial berbanding kumpulan militan lain sebelum ini," katanya kepada pemberita majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini Rabu.

Justeru, katanya, pendekatan kumpulan militan itu mewajarkan Malaysia bertukar pandangan dan maklumat risikan dengan pihak berkuasa Belgium, Perancis, Arab Saudi dan Sri Lanka bagi mengetahui perkembangan terbaru kumpulan itu. 

Mengenai serangan bom tangan oleh anggota kumpulan Daesh di Movida Bar & Lounge di Puchong, Selangor, pada 28 Jun lepas, Hishammuddin berkata, kejadian itu tidak boleh dipandang remeh dan pengawasan terhadap kawasan tumpuan ramai perlu dipertingkatkan.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat serangan yang mencederakan lapan orang awam itu dari segala sudut.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan serangan bom tangan di pusat hiburan itu didalangi kumpulan Daesh atas arahan anggota kumpulan pengganas rakyat Malaysia di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

Siasatan awal polis mendapati dua lelaki tempatan yang ditahan pada 1 Julai lepas berhubung insiden itu memperoleh bom tangan itu dari negara jiran.

Hishammuddin berkata, tanggungjawab pihak berkuasa adalah untuk memastikan rakyat negara ini tidak dipengaruhi atau mengikut jejak kumpulan Daesh serta mempunyai pelan tindakan komprehensif bagi mengagalkan rancangan kumpulan itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan