Najib Kutuk Serangan Pengganas Di Arab Saudi

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 7:18 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengutuk keras serangan pengganas di Jeddah, sebuah masjid di Qatif dan pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran Masjid Nabawi di Madinah. 

"Pagi ini, saya sekali lagi terkejut apabila mendapat khabar tentang letupan bom yang menggegarkan tiga bandar raya di Arab Saudi.

"Kami mengutuk perbuatan dahsyat ini, yang dilakukan di kawasan Masjid Nabawi di bandar suci Madinah, ini bukan Islam," kata Najib dalam akaun Twitter beliau pada Selasa.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, serangan itu dilakukan ketika orang ramai sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa.

Serangan di Masjid Nabawi itu adalah yang ketiga di Arab Saudi semalam. Dua lagi serangan berlaku di tempat lain, satu berhampiran pejabat konsul Amerika Syarikat di Jeddah dan satu lagi di sebuah kawasan masyarakat Syiah di Qatif.

Empat pegawai keselamatan maut dan lima lagi cedera akibat serangan itu. Menurut Kementerian Luar Malaysia, tiada rakyat negara ini menjadi mangsa dalam serangan itu. - Bernama


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan