Kos Sara Hidup Meningkat, OKU Harap Elaun, Bantuan Am Naik

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan bantuan am untuk Orang Kurang Upaya (OKU) perlu dinaikkan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat, menurut seorang pejuang bagi golongan itu.

Anggota Majlis Kebangsaan bagi OKU Senator K. Bathmavathi berkata kadar elaun dan bantuan yang diberikan hari ini dilihat tidak lagi relevan.

"Sekarang ini OKU bekerja yang berpendapatan kurang RM1,200 menerima EPC RM350 sebulan dan kita harap ia dinaikkan sehingga RM500.

"Kita dapati jumlah yang diberikan sekarang ini tidak lagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup tinggi buat masa kini," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berharap kerajaan menaikkan kadar bantuan am kepada OKU tidak bekerja daripada RM250 kepada RM300 sebulan.

Bathmavathi yang juga Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia berkata beliau telah membawa perkara itu ke pengetahuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan berharap ia dipertimbangkan.

Menurutnya, pemberian elaun dan bantuan am pada masa ini kepada OKU dibuat tanpa menyelidik bahawa ada sebahagian daripada mereka perlu menanggung perbelanjaan tinggi bagi menyara keluarga yang besar. 

Dalam pada itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan menyediakan seorang doktor pakar kanak-kanak di setiap daerah bagi melakukan pemeriksaan penilaian ke atas anak-anak OKU terutama yang mempunyai masalah pembelajaran.

"Saya pernah mendapat rungutan daripada ibu bapa yang terpaksa menunggu sehingga dua tahun bagi memeriksa anak mereka kerana kekurangan doktor pakar kanak-kanak," katanya.

Katanya, kesukaran sebilangan ibu bapa untuk mendapatkan khidmat doktor pakar itu mengakibatkan mereka berputus asa dan hanya 'simpan' anak mereka di rumah sahaja.

"Ini merugikan anak itu kerana tidak diberi pendedahan sewajarnya seperti mendapat peluang pembelajaran khusus yang memberi peluang kepada mereka untuk berdikari tanpa mengharap bantuan sepenuhnya daripada ibu bapa apabila dewasa kelak," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: OKU , EPC , K.Bathmavathi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan