Pegawai Polis Maki, Ugut Ah Long Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2016 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

KETUA Balai Polis Menglembu, Asisten Superitendan Chen Ah Kooy yang pernah mendapat perhatian ramai apabila memaki hamun dan mengugut Ah Long telah meninggal dunia pada usia 57 tahun.

Menurut Sin Chew Daily, pegawai polis berkenaan dimasukkan ke Hospital Taiping beberapa hari lalu dan menghembuskan nafas terakhirnya kerana penyakit tiroid pada Ahad.

Beliau meninggalkan seorang isteri berusia 52 tahun dan dua anak perempuan yang masing-masing berusia 21 dan 15 tahun.

Berasal dari Kepala Batas, Seberang Prai Utara, beliau menyertai pasukan polis pada 1978 dan dinaikkan pangkat untuk mengetuai balai polis di Menglembu pada 2012.

Upacara pengebumian akan diadakan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Selasa.

Tahun lalu, tersebar klip video seorang pegawai polis yang dilihat berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, mengecam untuk membunuh Ah Long jika mereka datang ke kawasannya dan terus menampal pelekat.

Video berdurasi 41 saat itu telah menjadi viral di media sosial.

"Masuk saya punya 'area, Ah Long 10 orang mari, 10 saya bunuh, lu tak puas hati panggil 'lawyer' jumpa saya. Jangan ganggu saya punya area Menglembu, ini sticker jangan gantung Ah Long.

"Saya tak pakai duit Ah Long. Saya tidak mahu DAP dan MCA komplen kepada saya Menglembu semua penuh dengan sticker Ah Long. Datang dan lihat. Ah Long berani mari jumpa saya kita 'Chek chow' (lawan satu lawan satu). Kami berjuang. Anda mempunyai pistol, bawanya keluar. Saya tahu anda membelinya dari Thailand," kata Ah Kooy.

Seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat berada dalam klip video sambil memegang banner iklan perkhidmatan pinjaman wang haram.

Tags / Kata Kunci: Chen Ah Kooy , Hospital Taiping , Ah Long

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan