Umno Terima Keputusan Shafie Keluar Parti

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 8:37 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno menerima keputusan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk keluar daripada parti itu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Beliau berkata menurut peraturan parti, sekiranya Mohd Shafie sudah mengisytiharkan untuk keluar parti, secara automatik beliau bukan lagi anggota Umno.

"Kita 'delete' sahaja nama dia daripada keahlian (Umno)," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas pengumuman Mohd Shafie meninggalkan Umno pada Isnin.

Bekas naib presiden Umno itu yang digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lepas, membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna, di Semporna Sabah pada Isnin.

Tengku Adnan berkata: "Sesiapa yang nak keluar daripada Umno, silakan... sebab kita hanya perlukan ahli yang betul-betul bertanggungjawab, setia dan amanah untuk berada dalam parti."

"Barangkali dia (Shafie) kecewa digugurkan jawatan daripada kabinet atau mungkin ada sebab lain...dia tak patut ikut emosi, kalau sayang parti jangan ikut emosi, macam-macam masalah boleh jadi," katanya. 

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, keputusan Mohd Shafie meninggalkan parti tidak memberi kesan kepada parti walaupun beliau didakwa mempunyai pengaruh yang besar dalam Umno.

Ini, katanya, adalah kerana semangat bersatu padu merupakan antara elemen yang penting bagi mengukuhkan parti berbanding individu itu sendiri.

"Setiap pemimpin itu kekuatannya bergantung kepada kekuatan parti. Kalau parti tidak kuat, kuat mana pun seorang pemimpin itu akhirnya tidak akan memberi sebarang kesan, yang penting parti kena kuat dan bersatu," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan Hari Raya oleh Anggota Lembaga Pelawat Hospital Kuala Lumpur, di hospital berkenaan, di sini Isnin.

Menurut Johari, tindakan Mohd Shafie keluar parti adalah keputusan beliau sendiri.

"Kalau dia (Mohd Shafie) buat keputusan untuk tinggalkan Umno dan untuk menyertai mana-mana parti lain kita ucapkan selamat maju jaya," katanya. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan