Penangan Lemang Kijal

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 7:00 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Melihat deretan gerai lemang di tepi jalan di Kijal serta menghidup bau lemang yang sedang dibakar, membuat ramai pengguna jalan raya singgah untuk membelinya.

Ada yang pada mulanya tidak mahu singgah namun berpatah balik selepas mengubah fikiran.

Seorang penjual Mardiah Mokhtar, 55, yang menjual lemang sejak 20 tahun lalu berkata lemang Kijal memang menjadi pilihan termasuk orang dari luar Terengganu.

Reaksi dan pujian pelanggan terhadap lemang yang dijualnya membuatkannya kian bersemangat untuk menjual lemang.

"Sejak seminggu lalu, saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya 500 batang buluh dengan 50 kilogram beras pulut berserta santan setiap hari bagi memenuhi tempahan pembeli.

"Jika bulan puasa kita mampu menjual lebih 200 batang sehari, namun menjelang Aidilfitri, permintaan dan tempahan makin meningkat, jadi kita terpaksa tambah jumlah lemang setiap hari," katanya kepada Bernama.

Beliau yang dibantu suaminya Mohamad Ali, 60, akan mula membakar lemang seawal pukul 9 pagi.

Mengenai pendapatan yang diraih, Mardiah berkata jika hari biasa mereka meraih sekitar RM200 namun bermula bulan Ramadan ia meningkat sekali ganda.

"Biasanya orang bakar lemang dalam tempoh dua jam tetapi bagi saya, ia perlu dibakar dalam tempoh lebih panjang bagi memastikan ia benar-benar masak," katanya mengenai rahsia keenakan lemangnya.

Beliau yang menjual lemang bersama 30 pengusaha lain berkata beliau pernah meraih pendapatan kira-kira RM10,000 pada bulan Ramadan tiga tahun lalu.

"Namun permintaan terhadap lemang kami agar berkurangan apabila orang ramai menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), kata Mohamad pula.

Beliau berkata mereka menjual antara RM3 hingga RM7 bagi sebatang lemang mengikut saiz, kekal pada harga lama.

Seorang penggemar lemang yang hanya mahu dikenali sebagai Salbiah berkata beliau memilih memasuki jalan lama melalui Kijal semata-mata untuk membeli lemang bagi dibawa pulang ke rumah mentuanya di Negeri Sembilan.

Beliau mendapati lemang Kijal tahan lama dan tidak mudah basi.

"Terasa lemaknya dan pulutnya elok dimasak. Saudara mara saya akan bertanyakan tentang lemang Kijal walaupun di Negeri Sembilan sendiri banyak lemang yang sedap.

"Saiz lemang Kijal tidak terlalu besar, hanya sebesar lengan kanak-kanak.

Buluhnya mudah dibuka tanpa guna pisau sebab daun pisang yang dimasukkan ke dalam buluh tidak melekat bersama buluh.

"Hanya pengusaha lemang Kijal yang boleh hasilkan lemang sebegini," katanya yang biasanya membeli kira-kira 20 batang lemang sebagai buah tangan orang kampung.

Tags / Kata Kunci: Lemang , Lemang Kijal , Aidilfitri

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan